10 tahun bayar rumah tapi baki tak berganjak, lelaki ini ajar biasakan bayar bulanan lebih sikit

Anda perasan tak, walaupun lebih 10 tahun buat bayaran bulanan rumah pada bank, tapi tak berganjak pun baki pembiayaannya. Sedangkan bayaran cantik tak pernah lompong. Tapi bila tengok penyata bank, rasa geram pula sebab banyak lagi kena bayar.

Seorang pemuda yang bernama Faizal Rahmat, ada berkongsikan bagaimana dia langsaikan hutang rumah pertama dalam tempoh 12 tahun.

Apa yang diajarkan lelaki ini boleh dijadikan rujukan, tetapi point utama yang ditekankan, orang ramai boleh praktis untuk bayar bulanan rumah lebih dari bayaran sepatutnya.

Baca di bawah;

Aku kongsikan macam mana aku langsaikan hutang rumah pertama aku ini dalam tempoh 12 tahun.

Sepatutnya ikut perjanjian 25 tahun (aku pilih 25 berbanding 30 tahun). Ilmu ni aku peroleh dari bacaan buku mentor kewangan Azizi Ali.

Ikut cara dia, 5 tahun langsai hutang. Dulu pun aku fikir macam tak logik cara beliau. Tapi aku try je lah. Tak dapat settle 5 tahun, 12 tahun pun kira ok apa.

1. Bayar lebih bulanan: Setiap bulan aku akan bayar extra RM100 hingga RM150 ke bank. Tapi jika tak ada lebihan, aku bayar ikut kata bank je lah. Jangan stress!

2. Bayar lebih tahunan: Dulu company selalu bagi bonus tahunan. Duit bonus ni aku extrakan bayar bulanan ke bank. Orang biasa bayar 12 bulan kan, tapi aku bayar 13 hingga 14 bulan. Bayar lebih, cepatlah habis!

3. Bayar guna KWSP: Tips ni paling banyak membantu. Aku keluarkan duit KWSP (Akaun 2) untuk mengurangkan baki pembiayaan. Kat sini biasanya ada drama sikit dengan pihak bank. Sila maklumkan pada mereka, kita mahu bayar “principal” terus. Barulah kita yang untung!

Aku praktiskan 3 cara ini sahaja. Dalam buku Tuan Azizi Ali tunjukkan banyak tips lagi. Boleh pi cari beli.

Cara ini bagi yang nak langsaikan hutang rumah dengan lebih cepat. Jika tak mahu, ikut sahaja kata bank. Bayar bulanan seperti biasa. Insyaallah 30 hingga 35 tahun settle hutang anda. Apa-apa berlaku pada kita, encik MLTT/MRTT Insyaallah boleh cover.

Gambar ni masa kami gotong royong anak beranak bersihkan rumah setelah penyewa keluar hujung tahun 2020.

Rumah dah habis bayar, duit sewa ni lah yang jadi pasif income kami. Tahun lepas telah dilepaskan pada pemilik baru demi memburu rumah impian kami sekeluarga. Hutang dah tak ada, dapat sedebuk, baru syok.

Mungkin imej 5 orang, orang berdiri, pokok dan kawasan luar

Baca juga: Lagi kes ‘cucuk’ kereta sebab tak nak bayar tol, sekali netizen bongkar pemandu CBH7270 ada saman lebih RM700