10 tahun bercinta, Raysha Rizrose mahu bersedia sebelum ke fasa seterusnya

Siapa sangka hubungan yang terjalin di antara pelakon Raysha Rizrose dan pasangan yang juga pelumba kerta Formula 3, Nabil Jeffri sudah menjangkau 10 tahun bersama. Walaupun sudah lama bercinta pelakon itu tidak mahu terburu-buru untuk buat keputusan.

Raysha atau nama sebenarnya Farza Naquraisha Mohd Fariz ditemui berkata, mereka yang sudah bercinta sejak sekolah menengah pernah putus hubungan selama empat bulan, sebelum akhirnya berbaik semula selepas Nabil berjaya memujuknya.

“Kami berkenalan dan bercinta sejak dari sekolah lagi. Saya pun tak sangka, cepatnya masa berlalu dan sekarang hubungan kami dah 10 tahun. Tak dinafikan juga, memang sudah ada perancangan ke arah perkahwinan.

“Tapi, semuanya bergantung kepada saya kerana dia (Nabil) sudah bersedia untuk kami melangkah ke fasa perkahwinan. Cuma, saya yang perlukan masa lagi dan tidak mahu terburu-buru membuat keputusan,” katanya kepada Harian Metro.

Mengulas pula impian perkahwinannya, Raysha berkata sebagaimana wanita lain, dia juga mahu merasai proses merisik, bertunang dan seterusnya majlis perkahwinan.

Namun dia lebih menginginkan majlis yang sederhana dan tidak terlalu mewah, tapi meriah dengan dihadiri keluarga, saudara mara serta kenalan rapat bagi meraikannya bersama-sama.

Baca Juga: Harap privasi dihormati, Neelofa tak akan sembunyikan Bilal selamanya

Baca Juga: Anda mungkin terkena penyakit ‘earworms’ kalau asyik teringat lagu yang tidak mahu anda dengar