10 tahun pihak berkuasa suruh sabar, pakcik ini nekad memancing di jalan berlubang sebagai tanda protes

Tidak tahan lagi dengan janji yang tidak ditunaikan pihak berkuasa, seorang lelaki nekad memancing di sebuah jalan raya yang rosak teruk dan berlubang sebagai tanda protes.

Dilaporkan, penduduk di di Kampung Nin Man Thet, Thailand telah menanti selama 10 tahun untuk kerajan membaiki jalan raya berlubang yang terletak di hadapan sebuah sekolah, namun respon sama diterima mereka tanpa ada pembaikan jalan dilakukan.

Lapor Agensi, lelaki tersebut sengaja melakukan aktiviti memancing di sebuah jalan raya berlubang yang dipenuhi air sebagai sindiran kepada kegagalan kerajaan tempatan dalam membaiki infrastruktur di situ, lapor laman berita Thaiger.

Kampung tersebut dipercayai sudah menanti selama 10 tahun untuk kerajaan membaiki jalan raya yang mengalami kerosakan teruk, namun tiada perkembangan positif yang diterima.

Apabila penduduk kampung meminta jalan itu dibaiki, mereka diberitahu untuk bertenang, bersabar dan tunggu.

Jalan yang dimaksudkan itu menghubungkan daerah Non Sung dan Chaloem Phrakiat serta merupakan laluan penting yang sangat sibuk.

“Lubang gergasi itu terletak betul-betul di luar sekolah dan merupakan halangan yang dihadapi oleh pelajar setiap hari dalam perjalanan pergi dan balik sekolah,” kata lelaki yang memancing itu.

lelaki memancing di lubang

Dia juga sudah beberapa kali menghubungi pihak berkuasa selama bertahun-tahun untuk bertanya bila jalan itu akan diperbaiki.

Namun selepas 10 tahun menunggu, penduduk berpendapat bantuan tidak akan datang dalam masa terdekat.

Baca juga: Titip ucapan tahniah, rupanya Dr Mahathir pun ikut kisah kejayaan Khairul Aming

Baca juga: “Alaa…hantar ni pun caj RM3?”-Pemuda ini cerita kenapa caj penghantaran tak patut dianggap mahal, banyak risiko mereka hadap