Tiga tahun masa dibazirkan dengan seorang lelaki yang tiada niat untuk menghalalkan kita. Pastinya luluh hati wanita apabila berhadapan situasi tersebut.
Tempoh perkenalan yang panjang membuat seorang wanita membawa hati yang lara ke tanah suci untuk menyembuhkan luka di hatinya.
Wanita tersebut memuat naik kisahnya di TikTok, hubungan yang dijaga selama tiga tahun ini hanya sia-sia apabila teman lelaki didakwa membawa perempuan lain bertemu ibunya.
“Hampir tiga tahun bercinta, hari-hari menunggu dia (teman lelaki) masuk meminang. Rupanya perempuan lain yang dibawanya jumpa mak.”
@frhnjwaaaaa hampir 3tahun bercinta, hari2 tunggu dia masuk minang, rupanya dia dah bawa perempuan lain jumpa mak dia. Self healing pergi umrah, Alhamdullilah 🤍
Dapat dilihat di ruangan komen, ramai wanita yang berkongsi kisah yang sama dan mendoakan yang terbaik buat wanita tersebut.
Baca Juga: Ambil kesempatan untuk naikkan trafik, Ungku Ismail harap portal berhenti sebar berita palsu
Baca Juga: Kekerapan tren LRT dalam usaha dipertingkat kepada tiga minit berbanding lima minit – Anthony Loke