40 tahun dalam kerjaya lakonan, Michelle Yeoh dinamakan sebagai Ikon Tahun 2022

Nama bintang kelahiran Ipoh, Perak, Tan Sri Michelle Yeoh tidak asing di telingan rakyat Malaysia mahupun negara luar. Setelah 40 dalam industri lakonan, kini pelakon tersebut dinamakan sebagai Ikon Tahun 2022 oleh majalah antarabangsa, Time.

Membawakan watak wanita kaya dalam Crazy Rich Asian, Yeoh digelar sebagai ibu yang menakutkan tapi masih kelihatan cool di mata peminat dan apabila dia membawa watak dalam cerita Shang-Chi, dia dipuji kerana aksinya.

Yeoh turut dinamakan dalam senarai 100 Individu Paling Berpengaruh Time 2022, awal tahun ini.

Stereotaip wanita asia

Sepanjang kerjayanya, Yeoh memaklumkan dia terpaksa berhadapan dengan pandangan stereotaip terhadap wanita Asia sepanjang beraksi di Hollywood.

“Ia tidak sepatutnya mengenai bangsa, tetapi itulah perjuangan. Sekurang-kurangnya, saya mencuba sebagai pelakon asal Asia,” katanya.

Wanita lebih berkuasa kini

Yeoh sebelum ini berkata yang wanita perlu menunggu untuk diberikan watak namun segalanya sudah berubah dan wanita kini punya lebih banyak pilihan.

“Wanita kini boleh mengawal nasib mereka sendiri, malah mereka boleh mencipta peranan mereka sendiri dan tidak perlu menunggu orang lain.”

Tak perlu risaukan prestasi, nikmati momen selama yang boleh

Pastinya sebagai seorang pelakon, kita mahu membuat persembahan yang lebih baik berbanding dengan lakonan sebelum ini. Namun buat Yeoh dia tak mahu terlalu memikirkan soal itu.

“Adakah saya bimbang bagaimana untuk mengatasi prestasi saya yang seterusnya apabila telah mencapai tahap tinggi ini?

“Tidak, anda hanya menikmati masa ini, ambil sedikit masa untuk tidak berfikir seperti itu. hanya bernafas dan cuba menikmati masa ini.

“Ia boleh menjadi sangat melemaskan tetapi saya mempunyai teman baik di sekeliling saya untuk mengingatkan saya untuk tetap bernafas,” katanya dalam temubual bersama Time.

Baca Juga: Deko macam hospital mental tapi harga rumah cecah RM101 juta, Kim Kardashian pilih minimalis

Baca Juga: 2,113 kandungan video di TikTok kena padam – Awas buat penyebar berita palsu, provokatif!