5 resipi kerabu yang patut anda cuba

5 resipi kerabu yang patut anda cuba. Pastinya ramai yang inginkan kepelbagaian jenis kerabu yang boleh anda cuba untuk sahur mahupun berbuka nanti.

Ini antara resipi yang anda boleh lakukan di rumah:

Resepi Kerabu Perut

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg perut lembu – dibersihkan,direbus dan di hiris nipis
  • kacang panjang secukupnya- dihiris halus
  • taugeh secukupnya- di cuci dan di bersihkan
  • 1 bawang besar- hiris halus
  • 4 biji cili padi- dihiris halus
  • 2 biji limau nipis- ambil airnya
  • 1 biji tomato- hiris
  • Sedikit daun ketumbar dan daun kesum- dihiris halus

BAHAN UNTUK DITUMBUK:

  • 1 sudu kerisik
  • 2 batang serai- hiris halus
  • 2 sudu udang kering- dibersihkan
  • 1/2 bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • sedikit belacan
  • 1 inci halia

CARA-CARA:

  1. Tumbuk semua bahan yang berkenaan hingga 3/4 hancur.
  2. Gaulkan dengan perut yang telah dihiris tadi..
  3. Gaulkan dengan semua sayuran yang telah dihiris halus dan juga air limau nipis.
  4. Masukkan bahan perasa..
  5. Siap untuk dihidang..

Resepi Kerabu Pucuk Paku + Kerang

BAHAN-BAHAN:

  • 3 ikat pucuk paku (celur)
  • Segenggam tauge (celur)
  • 1kg kerang (rebus)
  • 6ulas bwg merah *
  • 4biji cili besar *
  • 2batang serai 10biji cili api *
  • 2cm belacan *
  • 2 sudu besar kerisik *
  • 1biji bawang besar (hiris)
  • Garam
  • Gula 

(Kisar bahan bertanda * )

CARA-CARA:

  1. Masukan semua bahan termasuk bahan kisar tadi. –
  2. Gaul bagi sebati dan boleh lah di makan

Kerabu Mangga

Oleh:Seharum Kasturi

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji mangga yang dicincang kasar (besar)
  • 2 batang serai (dimayang halus)
  • 1-2 helai daun limau purut (dimayang halus)
  • 2 ulas bawang merah (dimayang halus)
  • 30 gram udang kering (ditumbuk kasar )
  • 30 gram kacang tanah (digoreng + ditumbuk kasar)
  • 2-3 biji cili padi (dimayang halus)
  • 1 sudu besar sos ikan gula secukup rasa
  • sedikit daun bawang dan daun sup dimayang halus
  • sedikit ikan bilis digoreng

CARA-CARA:

  1. Campurkan kesemua bahan2 yang dimayang ke dalam satu bekas.
  2. Masukkan udang kering,kacang tanah yang ditumbuk kasar tadi.
  3. Digaul sehingga rata.
  4. Masukkan sedikit sos ikan,gula secukup rasa dan jus limau
  5. Akhir sekali,masukkan ikan bilis yang telah digoreng
  6. Kemudian,gaul sehingga sebati….

Resipi Kerabu Rumpai Laut

Perkongsian zurazahir

BAHAN-BAHAN:

  • Segengam rumpai laut kering (Direndam semalaman) *tukar air rendaman 3x kalau rajin tujuan buang kekotoran.
  • 3 biji tomato
  • 2 biji bawang besar
  • Cili api cili besar (mengikut kepedasan yang anda mahu)
  • 1 biji asam limau nipis
  • Sedikit air asam jawa
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • 3 sudu besar kerisik
  • Belacan
  • Lada hitam
  • Halia
  • Serai
  • Garam

CARA-CARA:

  1. Separuh bahan dikisar dan tumbuk dan
  2. Perasakan mengikut cita rasa anda seimbangkan rasa pedas/masam/ masin/ manis dan di gaul bersama rumpai laut SIAP!

Resepi Kerabu Sotong Udang Kering

BAHAN-BAHAN:

  • 250 gm sotong
  • 30 gm udang kering – direndam dan dicincang halus
  • 50 gm bawang kecil – dihiris
  • 30 gm cili merah – dihiris
  • 1 helai daun limau purut – dihiris
  • 3 biji limau nipis – diambil jusnya
  • 10 gm daun bawang – dicincang
  • 20 gm kelapa parut – digoreng tanpa minyak
  • 10 gm garam
  • 20 gm gula

CARA-CARA:

  1. Sotong dipotong bulat dan dibersihkan.
  2. Rebus sotong sehingga masak dan toskan airnya.
  3. Dalam satu bekas, masukkan sotong rebus tadi bersama bawang, cili merah dan daun limau purut.
  4. Masukkan juga jus limau nipis, daun bawang, udang kering dan kelapa parut göreng.
  5. Bubuh garam dan gula. Kacau sebati kesemua bahan.
  6. Bolehlah hidangkan kerabu sotong udang kering ini sebagai pembuka selera.

Baca Juga: Tak ada idea nak minum apa untuk berbuka, boleh cuba buat Air Ribena Lemonade

Baca Juga: Imam berjubah solat tarawih ditahan merempit, beraksi Superman jam 2 pagi