5 tips kawal tantrum anak, nombor 3 tu kena sabar rumah sedikit bersepah

Anak semakin membesar mulalah dia tantrum. Selagi tak dapat apa yang dimahukannya selagi itu dia berteriak dan menangis.

Keadaan lebih kusut buat ibu bapa kalau anak mengamuk tak henti di tempat awam.

Bagi surirumah pula, tentu payah nak menyiapkan kerja di dapur jika anak lama sangat meragam.

Ini 5 tips untuk kurangkan tantrum anak berusia 2 tahun seperti dikongsi Puan Husna Kamilan:

1) Libatkan anak dalam aktiviti harian di rumah.

2) Cuba untuk beri anak kawalan pada perkara kecil. Contohnya, biarkan anak sediakan makanan sendiri. Biar anak pilih nak makan dan minum apa dengan pilihan yang diberi.

3) Bantu anak terokai kemahiran baru. Hanya mungkin si ibu kena sabar memandangkan rumah sedikit bersepah.

4) Beri banyak perhatian yang positif bukan sentiasa menurut permintaan anak.

5) Adakan rutin harian yang baik mengikut kemampuan anak dan ibu.

BACA JUGA Ronaldo pun selamba alih Coke, lain pula dengan sekumpulan ahli politik pembangkang ini