Pastinya menakutkan untuk terperangkap seorang diri selama 70 jam dalam perigi sedalam 122 meter. Kanak-kanak berusia 8 tahun itu dilaporkan sudah meninggal dunia ketika dibawa keluar pasukan penyelamat.
Kejadian yang dikatakan berlaku di Madhya Pradesh bermula apabila Sahu terperangkap selepas terjatuh ke dalam perigi ketika bermain di kawasan berhampiran rumahnya di daerah Betul pada Selasa lalu.
Operasi mencari bermula selepas kehilangan ya disedari ahli keluarga dan menemukan Sahu di dalam perigi tersebut.
Walaupun sudah bertungkus-lumus, masa di ambil tetap lama dan selepas empat hari operasi tanpa henti akhirnya berjaya.
Namun agak terlambat apabila media tempatan melaporkan kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia selepas berjaya diselamatkan.
Bapa kepada Sahu, Sunil Sahu, memberitahu, anak lelakinya masih bernafas dan mendengar suaranya dari lubang kecil itu ketika kejadian berlaku.
Baca Juga: Tunjuk bukti air laut makin tinggi, benarkah Jakarta akan tenggelam pada tahun 2030?