8 biji kek untuk sambutan hari lahir kelapan, netizen tertanya-tanya hantaran Aaisyah nanti berapa

Tak semua berpeluang untuk menyambut hari lahir dengan kek. Namun buat puteri tunggal Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana disambut dengan lapan jenis kek yang berlainan untuk sambutan hari lahirnya kali ini.

Sambutan harri lahirnya dikongsi oleh Che Ta dalam Instagramnya usai meraikan majlis hari jadi anak perempuan tunggalnya itu bersama ahli keluarga yang lain.

“Lapan tahun, lapan biji kek. Sambutan majlis hari jadi Aaisyah Dhia Rana,” tulisnya ringkas.

Dalam hantaran itu, Che Ta turut berkongsi beberapa keping foto menunjukkan pelbagai jenis kek pelbagai saiz dan corak dengan hampir semua manisan itu menepati tema warna merah jambu.

Netizen meninggalkan doa dan ucapan buat puteri tunggal Che Ta, termasuklah para selebriti seperti Mira Filzah dan Raja Ilya. Malah Mira Filzah sempat meninggalkan komen bertanyakan sambutan ke 18 nanti.

komen mengenai bilangan kek

Namun ada sesetengah netizen yang menyatakan bahawa Aaisyah kelihatan lebih matang berbanding umur kerana make up yang dikenakan kepadanya.

komen mengenai bilangan kek

Namun apa pun, sambutannya sangat meriah, kita orang biasa, beli satu keping kek pun dah menangis terharu, kalau dapat lapan biji ni mungkin simpan sebulan dalam peti.

Baca Juga: Axia dibeli sejak 2019 tak pernah servis, mekanik terkejut tengok enjin rosak habis tapi lain pula jadi perhatian netizen

Baca Juga: Minta buang ‘pakcik’ belakang tapi reaksi warganet menghiburkan