Tidak cukup dengan melabelkan para suami ‘dayus’ kerana benarkan doktor lelaki sambut anak ketik bersalin, Ustazah Siti Afifah kini tular kembali dengan isu ubat tahan sakit dikira sebagai benda haram hingga cetus persoalan adakah isu ini benar.
Dikenali sebagai pendakwah bebas, satu video yang dimuat naik di TikTok menarik perhatian netizen. Video kali ini membicarakan mengenai pengambilan ubat tahan sakit yang didakwa haram.
@sunnahtidakberbohong #bahayaubatantahansakit #rosakzahirbatin #sunnahtidakpernahberbohong
♬ bunyi asal – Siti Afifah Shahbudin – Siti Afifah Shahbudin
Hal ini menyebabkan kekeliruan kepada netizen yang kerap makan ubat tahan sakit yang disarankan doktor.
“Ada orang bila sakit sikit, makan ubat tahan sakit sehingga tubuh badan kita ini dekat dengan kematian masa tu mulut tak boleh berbicara tetapi mata kita melambangkan tercengangnya kita dengan kepakaran yang hebat ni.
“Dengan duit habis banyak, dengan kepakaran manusia ia menyebabkan apa yang dimasukkan dalam tubuh yang haram dan meragukan maka kamu sedang berhadapan sesuatu kepanasan yang amat dahsyat.
“Tapi tak boleh dibicarakan kerana Allah dah kunci lidah kamu. Kamu tidak mampu hingga sendi-sendi kamu, dan tidak ada kemampuan untuk berbicara.”
Masuk neraka sebab masukkan benda haram dalam badan
Tidak cukup dengan itu, dia juga menyatakan bahawa doa dan amalan seseorang itu tidak akan diterima oleh Allah SWT sekiranya sesuatu benda haram masuk ke dalam tubuh badan mereka.
Tambahnya juga, mereka ini akan mati dalam keadaan yang hina dan masuk neraka kerana telah melanggar hukum syariat Islam.
“Ingat! sesuatu benda yang haram, setitik yang haram masuk dalam tubuh badan kita, 40 hari amalan tidak diterima oleh Allah, doa tidak diangkat.
“Sekiranya Allah ambil nyawa kamu dalam tempoh itu, maka matinya kamu mati dalam keadaan hina yang melanggar hukum syariat Allah.
“Sebab itu Nabi ingatkan, orang kafir ada caranya, orang Islam ada caranya. Apa pun perubahan zaman, apa-apa yang mereka letakkan agenda, Allah Taala itu yang menjaga manusia kecuali manusia itulah sendiri kembali semula kepada Allah dan mendekatkan kepada Allah.”
Komen Netizen
Diharapkan isu ini mendapat pencerahan oleh ilmuan yang lebih bertauliah, adakah memang benar makan ubat tahan sakit boleh menjadi penyebab kita ke neraka.
Baca Juga: Harap dapat pulihkan keyakinan rakyat, Anwar tolak gaji Perdana Menteri
Baca Juga: Anwar, ketokohan dan pengiktirafan dunia