Umum sedia mengetahui ketidakmahuan Datuk Adi Putra untuk menyertai Malam Gala Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan di Indonesia, namun akhirnya bersetuju selepas dijemput pihak Indonesia dan FINAS.
Disebalik kontroversi itu, Johan As’ari pula digugurkan namanya daripada bersama krew untuk promosi filem tersebut di sana. Namun kebaikan hati Adi Putra telah menjemput serta menaja Johan untuk ke Indonesia bersamanya.
Johan menerusi hantaran di Instagram berterima kasih kepada Adi kerana menaja perjalanan, penginapan serta makan minumnya sempena kunjungan ke Jakarta.
Pemegang watak Yasin itu sebelum ini pernah menyatakan rasa terkilan dan pelik kerana digugurkan daripada delegasi ke Jakarta. Ini mungkin disebabkan dirinya meluahkan rasa berat hati andai Adi tidak turut serta
Namun seperti Adi, Johan juga sanggup memeriahkan acara berkenaan sekiranya mendapat jemputan pihak pengedar di Jakarta.
Sebelum ini berlaku salah faham antara pelakon tersebut dengan pihak pengurusan Kembara Studio yang didakwa penerbit hanya disebabkan isu komunikasi lapor Kosmo.
Selepas itu menerusi wawancara dengan media, Adi menyatakan hanya akan menyertai rombongan berkenaan jika mendapat jemputan daripada pengedar di Indonesia.
Baca Juga: Siapa belum sempat tonton Mat Kilau boleh layan di Netflix bermula 16 September ini
Baca Juga: Sering ke majlis ilmu, Lisa Surihani mahu teruskan istiqamah