“Power dik! OMG!!!”
Seorang kanak-kanak perempuan mencuri tumpuan warga maya apabila tular satu video menunjukkan dia menimang bola dengan gaya ala pemain profesional.
Dalam video berdurasi 19 saat itu, kanak-kanak tersebut yang memakai baju kelabu dan berseluar merah, dilihat memberi sepenuh tumpuan ketika menimang bola.
Bukan di padang, tetapi aktiviti itu dilakukan di sebuah rumah, sekali gus membuatkan netizen berasa kagum dengan kemahiran dimiliki adik itu.
Menariknya, dalam video yang dimuat naik di TikTok oleh @mohdsiddik17 itu, bola yang ditimang adik itu langsung tidak jatuh dan dia dilihat berjaya mengimbangi badannya.
“Wow so cute teror la dik,”
“Oh wow I don’t think even my cousin can do that she’s so good,”
Itu antara komen-komen netizen yang terpukau melihat ‘kelebihan’ dimiliki kanak-kanak itu.
Baca Juga: ‘Sebab bukan rumah tangga anak dia yang runtuh’ – netizen berang Kazar pertahan kesalahan anak
Baca Juga: Pemandu ditemukan rentung dalam nahas di Lebuhraya Guthrie