Di depan kamera, merekalah pasangan paling bahagia namun disebaliknya timbul pula cerita mengenai si lelaki memukul si isteri hingga masuk hospital. Kes yang berlaku kepada Lesti Kejora dan Rizky Billar mengejutkan ramai peminat terutamanya dari Indonesia.
Rizky dikatakan kerugian lebih 400 juta rupiah (RM121,743) selepas skandal rumah tangganya tersebar di media sosial baru-baru ini hingga menyebabkan kerugian dan perniagaan terjejas lapor Tabloid Bintang.
Kisah keganasan rumah tangga Billar dan isterinya yang juga penyanyi dangdut, Lesti Kejora menyebabkan pelakon itu kehilangan kontrak kerjasama perniagaan dan perkara tersebut didedahkan peguam Billar, Ade Erpil kepada wartawan di Jatinegara di barat Jakarta semalam.
Erpil berkata, skandal tersebut turut menyebabkan pelakon itu dan ahli keluarganya mengalami tekanan mental.
“Saya mahu bertanya kepada penyiasat laporan Lesti mengenai tuduhan dikasari bertubi-tubi itu harus dibuktikan dahulu.
“Jika tidak benar siapa yang mahu bertanggungjawab. Anak guam saya dan keluarganya sudah menerima banyak tekanan dan gangguan mental,” katanya.
Baca Juga: Ada orang ketiga, rumah tangga Krisdayanti pula bergoyah
Baca Juga: Wajah Bilal anak Neelofa ‘cute’ mula tular, peminat ambil foto curi di kaunter kerajaan