Ambil kesempatan untuk naikkan trafik, Ungku Ismail harap portal berhenti sebar berita palsu

Isu Nad Zainal kini digunakan portal untuk menaikkan trafik portal berita dengan tajuk yang mengelirukan pembaca hingga akhirnya mereka menekan berita tersebut.

Ungku Ismail meluahkan rasa kecewa dengan segelintir pihak, kebanyakan peminat mengikuti Instagram untuk mendapat maklumat terkini mengenai pelakon tersebut.

Mohon berita palsu disekat

Berita-berita palsu ini senang tersebar dan masyarakat cepat mempercayai walaupun sekadar membaca tajuk dan tidak membaca isi sepenuhnya.

Bagi Ungku, dia berharap tiada pihak mengambil kesempatan untuk menaikkan trafik dengan cara begini.

“Keluar berita tidak menarik, yang menyeleweng dan sangat mengecewakan. Saya harap tidak ada pihak yang ambil kesempatan untuk menaikkan trafik.

“Sebagi netizen yang prihatin, kita boleh buat laporan untuk mengelakkan perkara itu daripada terus berkembang dan kecoh sana-sini. Kita boleh tahan (sekat) benda itu.

“Kita boleh ambil tindakan. Jadi, saya harap sangat, sama-sama kita mainkan peranan,” katanya dalam perkongsian di Instagram.

Masih dalam proses pemulihan

Sebelum ini tular berita mengenai Nad Zainal dengan tajuk takziah yang menyebabkan ramai berfikir Nad sudah tiada walhal wanita tersebut kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Ampang.

“Nad masih di ICU dan dalam proses pemulihan. Dia kena banyak berehat untuk cepat pulih.

“Saya harap kepada semua agar tidak berhenti berdoa. Terus berdoa agar Allah sembuhkan dia, lenyapkan penyakit dan kesakitan dialaminya, sucikan paru-paru dan kembalikan pernafasannya.

“Teruskan doa anda. Itu sahaja yang saya nak,” tambahnya.

Sebagai pembaca yang bijak, bacalah isi dan bukan sekadar tajuk kerana tajuk sangat senang dimanipulasi pihak tak bertanggungjawab.

Baca Juga: Buruh kimpal gagal seludup PATI, kereta dipandu terbabas

Baca Juga: Bekalan durian luar biasa banyak, peniaga Singapura jual murah-murah, ‘Musang King cuma RM32 sebiji’