Anak bekas KM Sarawak ‘bongkak’ lap mulut guna duit selepas makan burger

Anak kepada Ragad Kurdi iaitu isteri kepada bekas Ketua Menteri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ‘bongkak’ lap mulut guna duit selepas makan burger.

Tidak habis dengan kontroversi yang kononnya Abdul Taib Mahmud, dibawa lari oleh isterinya dari hospital.

Kini timbul pula drama terbaharu apabila anak tirinya dikatakan bersikap sombong dan tidak menjaga sensitiviti apabila makan burger sambil lap mulutnya dengan duit.

Dalam sebuah video yang tular, kelihatan Nizar Mahmoud Madi, anak tiri Taib Mahmud hasil daripada perkahwinan dengan Raghad Kurdi merakam video beliau sedang memakan burger.

Kandungan itu pada mulanya tiada masalah, tetapi menjadi kontroversi apabila beliau mencuci mulutnya dengan duit.

Tidak pasti bila video itu dimuat naik, namun hasil carian The Vocket di laman TikTok menunjukkan bahawa akaun Nizar_SWK sudah dipadam.

Video itu telah mencetuskan pelbagai reaksi pengguna media sosial dengan kebanyakan mereka berang dengan tindakan anak tiri Taib Mahmud.

Sebahagian pula mempersoalkan Nizar adakah beliau tahu bahawa duit yang beliau sedang ‘enjoy’ itu adalah milik rakyat Sarawak.

Baca juga: McDonald’s dan Starbucks akui konflik Israel-Hamas punca saham menjunam