Anak dituduh rampas suami orang, Azhar Sulaiman anggap ini taktik baru scammer

Sebelum ini Kasih Iris Leona terpalit kontroversi kerana menari dengan baju seksi di TikTok, kini tular pula kes bila Leona dikatakan merampas suami orang apabila ‘isteri’ lelaki tersebut menghubungi Azhar Sulaiman.

Azhar kemudian memuat naik hantaran mengenai perbualannya dengan wanita yang mendakwa suaminya diganggu oleh Leona hingga habis duit di laman Facebook miliknya.

“Kepada semua wartawan yang cubba menghubungi Mami (Azhar Sulaiman) untuk bertanya mengenai Leona, saya mohon maaf sebab tak balas pertanyaan anda.

“Selepas baca balik perbualan dengan Nor Azira, saya dapat simpulkan yang dia bukanlah orang melayu dan mungkin juga seorang scammer.”

Daripada segi gaya bahasanya, Azhar menganggap yang ‘wanita’tersebut mungkin bukan seorang wanita tetapi boleh jadi lelaki juga dan dia juga bukanlah orang Melayu.

Azhar juga menganggap yang orang tersebut mungkinlah ‘Black Origin’, tapi bukan orang India.

Baginya mungkin ‘wanita’ ini adalah scammer yang tersalah pilih target kerana tidak mengenal dengan betul-betul orang yang mahu ditipunya.

Netizen suruh Azhar buat laporan polis

“Saya rasa dia perlukan bantuan dengan masalah mental dia. Dengan info yang ada, Azhar perlu buat laporan polis. Kesian juga, kalau dibiarkan boleh jadi tragedi,” komen Rahimi Osman.

“Apa kena mengena dengan Presiden Amerika Syarikat, kebodohan scammer terserlah. Mesti takut bila abang Azhar dan buat laporan. Buatlah laporan abang Azhar, biar dia kena tangkap polis,” komen Cik Yong Mas Zainin.

“Masih menakutkan betul tak Azhar Sulaiman, baca pun seram. Tambah bila dia sebut nama anak perempuan kita. Pastikan Leona sentiasa berteman bila keluar, kita tak tahu manusia ini macam-macam perangainya,” komen Siti Salbiah Razali.

Masih tidak diketahui sama ada Leona benar-benar menganggu suami ‘wanita tersebut’ kerana perbualannya boleh dikatakan agak mengarut. Diharapkan kes ini cepat selesai dan nama Leona kembali bersih.

Baca Juga: Dikatakan sudah bercerai, Nabila upload video di Tiktok

Baca Juga: “Ustaz saya nak keluar asnaf”-Bukan mudah nak jumpa orang amanah sebegini