Anak hanya pinjaman Allah, Ibu bapa Awliya Delisha redha dengan ketentuan tuhan

Benarlah anak hanya pinjaman Allah dan tidak akan selamanya bersama kita. Pasangan muda ini redha selepas mengetahui anak yang berusia 10 bulan tidak sedarkan diri di rumah pengasuh akhirnya meninggal dunia selepas tiga dikejarkan ke hospital.

Hasil pemeriksaan di sebuah hospital swasta di Seksyen 19 kemudian mendapati ada kesan lebam di dahi dan disyaki berlaku pendarahan dalam otak mangsa.

Bapanya berkongsi di Facebook See Kay, mengenai kematian anaknya untuk umum dan bukan untuk buat sebarang spekulasi kerana siasatan masih dijalankan dan punca kematian masih belum diketahui.

“Assalamualaikum, berkaitan kes kematian anak saya yang tular di media sosial. Saya berharap tiada yang membuat sebarang spekulasi yang tidak benar kerana kes masih lagi dalam siasatan dan punca kematian belum diketahui.

“Saya berharap semua mendoakan agar urusan pihak berkaitan untuk buat siasatan dipermudah.”

Tujuannya membuat hantaran tersebut dikatakan bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak tapi sekadar memaklumkan mengenai apa yang berlaku kepada anaknya dan peringatan kepada semua supaya lebih berhati-hati dalam penjagaan anak-anak.

“Memang berat hati untuk kita menerima apa yang telah berlaku tetapi saya dan isteri redha dengan ketentuan Allah.

“Semuanya milik Allah dan yakin semuanya hanya sementara, Dia yang memberi dan Dia mengambil kembali milikNya.”

Walaubagaimanapun lelaki ini mengharapkan setiap kesalahan perlu ditegakkan demi kebaikan bersama dan mengharap tindaka sewajarnya dapat diberikan sekiranya terdapat pihak yang bersalah.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata bayi itu disahkan meninggal dunia di Hospital Shah Alam, 22 Ogos lalu.

Pengasuh bayi itu adalah seorang wanita warga tempatan berusia 36 tahun dan sedang mengandung lima bulan. Wanita itu didapati menjaga lapan kanak-kanak berusia antara tiga bulan hingga empat tahun (termasuk anak pengadu) di kediamannya secara sendirian.

“Setakat ini, wanita itu belum ditahan dan siasatan lanjut masih dijalankan. Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

“Polis ingin menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi. Sebarang maklumat lanjut berhubung kes ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Roshaza melalui talian 011-39865668,” katanya.

Baca Juga: Anak derhaka betul! Sudahlah berhutang sebab judi, hilang begitu saja, ibu bapa pula resah diburu along

Baca Juga: Anak risau Najib tidak dapat minum Starbucks semenjak dipenjara