Anak kemas katil, baca buku ibu bapa kena bagi hadiah-Bibit-bibit rasuah sebenarnya bermula dari rumah

Anak kemas katil bagi hadiah, anak baca buku pun ibu bapa kena bagi hadiah inilah bibit-bibit rasuah yang sebenarnya bermula dari rumah.

Bibit-bibit rasuah berlaku apabila ibu bapa memberi ganjaran terhadap tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan anak-anak.

“Sampai bila nak anak kemas katil, kita kena bagi hadiah, baca buku bagi hadiah, jadi apa yang akan berlaku apabila tanggungjawab sudah menjadi sesuatu yang perlu dibayar,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters), Nurhayati Nordin

Justeru tidak mustahilah penglibatan individu dan ahli keluarganya dalam rasuah dilihat semakin meningkat ekoran terjebak dengan perbuatan korupsi yang bermula di rumah.

“Adakah nanti tanggungjawab itu sekiranya tidak dilakukan, tiada bayaran, tidak ada orang buat. Selepas itu jika tiada bayaran, mereka tak akan buat walaupun ia adalah tanggungjawab,” soal beliau pada program Melayu Bermaruah vs Melayu Rasuah anjuran Aktivis Sejahtera pada Selasa.

Turut diundang menjadi panelis adalah Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan manakala Pengerusi Aktivis Sejahtera, Asmaalif Adam bertindak sebagai moderator.

Dalam pada itu Nurhayati berkata, terdapat empat faktor yang memungkin seseorang itu terjebak dengan rasuah iaitu kebolehan, peluang, rasional dan tekanan.

“Penting untuk melihat empat perkara penyebab rasuah dan bagaimana sistem ketahanan diri kita untuk melawan perkara tersebut.

“Kebolehan melakukan rasuah, peluang (contoh) wanita masa kini yang dilihat meningkat terlibat (rasuah) kerana mereka turut terjebak, ramai yang memilih rasional ketika lakukan rasuah dan terakhir adalah tekanan (contoh) di universiti, kampung dan sebagainya yang sengaja diwujudkan untuk harapkan pertolongan, itu adalah untuk difikirkan bersama-sama,” ujarnya.

Baca juga:

Rupanya kucing ini takut bunyi enjin, menyorok dalam rumah

Baca juga:

Bajet 2023-Peruntukan sektor pendidikan bertambah harap beri kelegaan, motivasi kepada guru