Anak masuk wad hanya sebab jari terlilit rambut ibu yang gugur

Anak masuk wad hanya sebab jari terlilit rambut ibu yang gugur. Terlihat sehelai rambut telah terlilit pada bahagian jari anaknya sehingga menjadikan jarinya bengkak dan membiru.

Baru-baru ini tular di laman Facebook, satu hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Fatima Az Zahra yang berkongsi pengalaman apabila anaknya terpaksa dimasukkan ke dalam ward gara-gara hair tourniquet syndrome (HTS).

Malah, menurut Fatima anaknya terpaksa melalui prosedur bagi memotong serta mengeluarkan helaian rambut atau benang yang sudah tertanam di dalam kulit jari anaknya.

“Anak saya pula jenis cool je. Demam tak, menangis pun tak. Tiba-tiba jari dah macam ni”.

Dalam pada itu, Fatima turut menitip pesanan buat ibu-ibu di luar sana agar sentiasa memeriksa tangan atau kaki anak-anak jika mereka sedang berada di dalam fasa mahu pegang semua barangan.

“Bagi ibu-ibu yang rambut gugur, rajin-rajin lah tengok tangan anak tu. Takut terlambat dan jari mati,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut terkejut melihat bagaimana sehelai rambut atau benang boleh melilit begitu ketat pada jari kanak-kanak itu selain mendoakan kesembuhannya.

“Kesian kesayangan ni, dia tak nangis langsung.. good girl sangat tak bagi maknya panik,” komen netizen.

“Ya Allah.. semoga dipermudahkan urusan.. anak saya suka sangat mengutip semua benda masuk mulut, rambut saya pun banyak gugur.. saya akan lebih alert lepas ni,” tulis seorang pengguna Facebook.

Ibu yang mudah keguguran rambut, kena lebih peka kepada anak. Bimbang alpa nanti anak hilang jari.

Baca Juga: Fizi berang masih diganggu bekas isteri, hampir buka aib lama

Baca Juga: Ingat semua orang kaya senang ke? Tindakan pemilik kereta mewah ini buat B40 ‘terhibur’