Arwah selalu jaga privasi keluarga, abang Syazlin Zainal enggan ulas spekulasi kematian

Tidak mahu mengulas sebarang spekulasi mengenai kematian adiknya, Ezra Zaidi yang juga abang sulung kepada Syazlin Zainal serah tugas kepada polis dan masih menunggu laporan.

“Ikut laporan polis saja. Kes ini pun masih dalam siasatan polis. Kita tunggu nanti,” katanya ringkas.

Memetik Harian Metro, Syazlin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat AU2, jam 10.10 malam Jumaat.

Arwah selalu jaga privasi keluarga

Tidak pernah memuat naik gambar keluarga di media sosial, arwah dikatakan menjaga privasi keluarga. Disebabkan itu dia merasa pelik apabila arwah memuat naik gambar mereka bersama di media sosial untuk mengucap hari jadi buatnya.

“Sejak dia bergelar selebriti, arwah sangat menjaga privasi kami sekeluarga dan tidak pernah memuat naik apa-apa gambar kami di media sosialnya.

“Tapi pada hari jadi saya 8 November lalu, itu pertama kali dia muat naik dan tag nama sekali. Tak sangka pula itu menjadi petanda dia akan pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya.

Pada Jumaat, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, mengesahkan Allahyarham maut dipercayai terjatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri.

Siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah dan kes terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Baca Juga: Pempengaruh mati jatuh dari tingkat 22-Abang kandung sedih Syazlin tidak sempat sambut ‘birthday’ 14 Nov ini

Baca Juga: Sale 11.11- Sambal Nyet Khairul Aming terjual 25,000 botol raih RM375,779.58 dalam masa sehari buat netizen kagum