Axia dibeli sejak 2019 tak pernah servis, mekanik terkejut tengok enjin rosak habis tapi lain pula jadi perhatian netizen

Mekanik di sebuah bengkel Perodua berkongsikan keadaan sebuah kereta Axia yang enjinnya rosak teruk selepas tiga tahun digunakan.

Dari perkongsian pasukan Perodua di TikTok, hasil dapatan mereka mendapati banyak komponen enjin kereta rosak teruk dengan bahagian ‘oil pump’ tersumbat.

Selepas diselediki, rupa-rupanya pemilik kenderaan tidak pernah menghantar kereta untuk diservis sejak dibeli pertama kali pada 2019 iaitu tiga tahun lepas.

Perkongsian laman TikTok IgPerodua itu benar-benar memeranjatkan kerana keadaan enjin seperti sudah rosak teruk selain ada yang meninggalkan komen mengatakan tidak menyangka ada yang masih ‘selamba’ mengabaikan kepentingan servis kereta tepat pada waktunya.

“Hari ini kami nak kongsi. Ada Axia breakdown ketika pemanduan. Kami pun periksa punya periksa, dengan bantuan teknikal dari HQ, dan kami punya dapatan ialah…..

“Tengok apa dah jadi dengan keadaan dalam enjin dia. Rentung dan terbakar.

Oil pump sumbat, sampai patah camshaft. Noh rokiahh. Sludge merata-rata (cecair likat seperti lumpur).

“Rupanya pemilik kenderaan tak pernah servis kereta dari mula dia beli 2019 hingga 2022 (0 kilometer hingga 79,600 kilometer),” tulisnya pada video yang dikongsi.

@perodua3s.kayuara

sampai patah camshaft ooo #peroduapenchala #peroduakl #peroduadamansara #fypシ゚viral #foryoupage #fypdongggggggg #fyp #perodua #viral #viraltiktok

♬ Sayunk I Love You – Chombi

Meninjau ke ruangan komen, selain menegur tentang pengabaian penjagaan kereta, netizen juga membangkitkan perkara lain apabila sebahagian dari mereka memuji ketahanan enjin Perodua.

Ini kerana kata mereka, Perodua mampu bertahan selama tiga tahun tanpa servis membuatkan ramai yang menyatakan rasa yakin untuk menggunakan kereta keluaran syarikat berkenaan.

“3 tahun dan 79600km tanpa servis. Itu bukan sikit. syabas Perodua. Anda telah buktikan enjin anda hebat,” komen seorang pengikut IgPerodua.

“Terima kasih pada dia sebab bagi kita data sejauh mana enjin boleh pergi tanpa servis,” seloroh yang lain.

“Mantap Perodua. Enjin tahan up to 80k km kalau tak servis langsung,” tulis yang lain pula.

Baca juga: Lelaki Cina tersipu malu dapat kejutan hari lahir dengan aluan kompang, netizen ‘okay’, tak anggap ia sensitif

Baca juga: ‘Kedai kat mana ni, banyak sup dia’ – Pelanggan teruskan makan walaupun kedai dah naik air