“Ayah tunang tiap hari ‘videocall’ aku, bila nak pergi honeymoon dia siap merajuk lagi sebab tak bawak dia tapi yang peliknya..”

Pertalian antara menantu dan ayah mertua sememangnya dibenarkan dalam agama apatah lagi jika bersentuhan, air wudhu masih sah kerana diibaratkan sebagai anak dan ayah.

Namun, pertalian itu dibenarkan hanya jika sudah sah berumahtangga bukannya ketika masih bertunang atau mempunyai hubungan dengan pasangan.

Wanita ini menceritakan kisah apabila ayah tunangnya yang dikatakan sangat obses dengan dirinya dan kerap mahu berhubungan hingga tiada batasan.

Hai semua dan Assalamualaikum. Aku cuba cuba hantar confession kat sini. Selama ni aku baca je orang punye confession. Sekarang giliran aku nak mengarang pulak. Sebenarnya aku ni dalam dilema.

Entah laa apa yang tersirat dalam minda aku. Sampai tak terfikir dah aku. Mungkin aku yang banyak berfikir. Aku harap admin akan siarkan aku punye confession ni. Sejak kebelakangan ni aku ada terbaca confession yang macam ada masalah dengan ibu dan bapa mentua.

Sama juga dengan aku yang terlalu rimas dengan bakal pak mentua. Aku dah bertunang dengan si Z dalam setahun macam tu dan akan bernikah pada tahun hadapan bulan 5. Semua persiapan sudah pun dibuat dari sebesar besar perkara sehinggalah sekecil – kecil perkara.

Nak dijadikan cerita kedua – dua belah pihak akan buat majlislah. Tapi bukan itu yang menjadi masalah aku sekarang ni. Aku ada masalah dengan papa si Z ni. Mamanya okay dan sangat okay tapi papa si Z ni kadang-kadang boleh sampai buat aku meluat dan sem4kin menyampah. Astarfirullahalazim.

Z ni anak sulung dan dia kiranya anak pertamalaa yang akan berkahwin. Adik beradiknya semua lelaki dan semuanya 7 orang. Z ni orang nya biasa – biasa je. Dari segi duit takde la berkepuk. Dari segi paras rupa bole laa dari tak de.

Tapi aku suka dan sayang dia sebab dia baik, hormat orang tua dan pelbagai lagi sikap yang buat aku jatuh cinta dekat dia. Kalau aku jadi api dia memang selalunya jadi air. Jarang nampak dia jadi api. Tapi orang macam ni kena berhati – hati sebab sekali dia jadi api.

Bawak laa air banyak mana, memang tak akan senang nak padam. Haa aku pulak anak ke 6 dari 7 orang adik beradik. Biasa biasa je dari segi perwatakan memang agak tegas. Lantang bersuara dan straight forward. Aku ni agaknya terlalu straight forward sampai takut orang terasa. Terutamanya papa si Z.

Papa si Z ni memang dah lama nak anak perempuan tapi itu la sampai anak ke 7 tetap laa lelaki. Sampai mama dia pun dah “ik4t” jadi takde laa anak perempuannya. Bila si Z masa kenal aku dulu. Mula – mula papa dia selalu laa wasap aku.

Kadang-kadang call lah. Dan kadang-kadang video call. Video call tu memang aku tak akan angkat. Sebab malas nak pakai tudung bagai. Sampaikan hari – hari. Kadang – kadang time aku kerja pun dia call. Tapi bukan ada benda penting pun. Saje nak borak katanye.

Haih… itu yang membuat aku rimas tapi aku buat tak tahu je la. Dan ini berlarutan sehingga sekarang. Dan si Z pun tanya aku kenapa papa dia selalu call aku. Aku cakap mana aku tahu bukannye aku yang call papa kau.

Kadang-kadang mak aku sendiri pun macam hairan kenapa papa si Z tu selalu call aku. Mak aku cakap apesal ek. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Bagi korang normal ke bakal bapak mentua selalu call ataupun papa Z ni yang terlalu ambil berat pasal aku??

Aku dengan si Z ni memang hubungan jarak jauh. Dia di utara dan aku ni di ibu kota. Aku ni jenis yang sangat berdikari. Pergi mana – mana pun boleh sorang. Boleh drive kereta dan motor. Pergi makan sorang – sorang. Pergi makan steamboat pun boleh sorang – sorang.

Tayar kereta flat pun boleh je tukar sendiri. Pintu bilik rosak boleh baiki. Masak pun boleh laa sikit – sikit. Paip rosak boleh baiki. Entah laa banyak perkara yang sememangnya kalau ikutkan kerja lelaki buat tapi aku boleh buat sebab abang – abang aku banyak ajar aku.

Gaji aku alhamdullilah memang rezeki Allah bagi untuk dikongsi dengan keluarga. Jadi papa si Z ni selalu risau tak bertempat. Kadang-kadang aku drive balik kampung. Dia selalu cakap dekat si Z. Kesian aku selalu balik kampung sorang – sorang, nak kena drive tu semua.

Lagi laa buat si Z ni serba salah. Kadang-kadang dia mintak maaf tak boleh teman ke ape. Bagi aku no big issue pun sebab aku dengan dia baru tunang. Kalau dah kahwin lain laa cerita kalau aku balik kampung kau nak ikut.

Ini baru tunang. Tak kan lah tiap-tiap bulan kau nak balik kampung dengan aku. Kadang kadang papa si Z ni yang buat Z tu serba salah dan bagi aku takde issue langsung. Itu belum lagi cakap pasal issue anak. Wei belum kahwin dah mintak nak baby girl la ape lah.

Kau bayangkan eh setiap kali jumpe setiap kali tu laa dia duk bahas benda yang sama. Nak baby girl. Aku ni bukan lah ape. Setiap orang rezekinya lain – lain. Ada orang baru kahwin dah dapat anak. Ada orang kena tunggu beberapa tahun baru dapat anak, atas rezeki Allah kurnia.

Aku doa je yang baik – baik hendak-NYA. Aku dengan si Z ni belum kahwin. Jadi logik ke tak logik bagi korang papanya duk mintak nak cucu baby girl. Aku kadang-kadang sampai tak terjawab laa. Kadang-kadang aku mengadu dengan si Z ni.

Aku tak selesa kalau papa asyik cakap pasal cucu sebab kita belum pun lagi sah. Kitorang kan PJJ. Jadi sama ada si Z akan turun ke ibu kota atau aku yang akan ke utara. Ikut atas masing-masing tapi memang kita orang kerap je jumpa.

Dalam 2 minggu sekali mesti jumpa. Kalau kita orang jumpa, papa si Z ni selalu lah nak ikut kita orang. Itu yang buat aku lagi str3ss. Kadang-kadang macam kalau kita orang tak bawak dia. Dia akan merajuk lah ape lah. Aku pun diam je laa kalau dia cakap dia merajuk.

Sebab aku malas nak layan. Berdosakan aku? Lepas tu sekarang kita orang ada laa nak plan berbulan madu lepas majlis selesai dekat dua belah pihak. Eh yang menjadi issue nya sekarang ni papa si Z ni nak follow. Aku macam tak boleh fikir laa.

Tak kan laa kita orang nak bulan madu pun nak ikut. Yang jadi kelakarnya. Mama dia tak heran pun wei. Papa dia ni selalu nak ikut kita orang. Kadang-kadang sikap papa si Z ni buat aku rimas dan aku sampai str3ss sampai terfikir tak nak kahwin. Astarfirullahalazim.

Orang cakap nak kahwin, ibaratnya kita kahwin dengan keluarganya sekali. Di mana sekarang ni aku sedang belajar macam mana nak memahami dan menerima sikap papa si Z ni. Aku ni sayang si Z ni dalam masa yang sama aku rimas dengan papa dia.

Aku tak boleh nak bandingkan ayah aku dan ayah dia. Sebab ayah aku pun ambil berat dekat aku tapi tak sampai la merimaskan aku. Kalau korang ade nasihat, boleh laa nasihat aku. Mungkin aku yang terlalu rimas bila orang terlebih caring dekat aku.

Nasihat ataupun kecaman aku akan terima dengan hati terbuka. Mungkin aku terlalu muda untuk memahami semua benda ni. Bersediakah aku untuk menghadapi papa si Z ni. Aku anggap ini semua adalah dugaan untuk aku dalam ik4tan pertunangan. – Pokok (Bukan nama sebenar)

Baca juga: Kutipan sangat ‘lumayan’, pengemis ini raih RM114,350 setahun buat ramai terkejut