Azam baki tuntut RM10 Juta dan permohonan maaf dari Lalitha Kunaratnam

Pemberi maklumat, Lalitha Kunaratnam, menerima surat tuntutan daripada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Azam Baki, berhubung penerbitan dua artikel membabitkan pembelian saham.

Dipetik dari FMT, Lalitha juga dituntut mengeluarkan permohonan maaf terbuka dalam tempoh 14 hari, selain memadamkan artikel berkaitan Azam dan membayar ganti rugi RM10 juta kerana mencemarkan reputasinya.

Peguam Azam berkata, jika Lalitha gagal berbuat demikian, mereka akan membawa kes berkenaan ke mahkamah kerana fitnah.

Baca Artikel Penuh