Bakal buat prekuel Mat Kilau, tapi tiga nama ini tiada dalam senarai

Penerbit Studio Kembara, Abdul Rahman MD Dali memaklumkan akan melakukan filem prekuel Mat Kilau dan mendedahkan prekuel filem Mat Kilau akan menjalani penggambaran pada hujung tahun ini atau selewat-lewatnya pada awal tahun depan.

Tiga nama yang tiada dalam senarai pelakon adalah Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy dan pengarah Syamsul Yusof. Ini adalah kerana watak dua pelakon tersebut tidak ada kena mengena dengan jalan cerita prekuel Mat Kilau.

Manakala ketiadaan Syamsul pula adalah disebabkan ingin membuka peluang kepada pengarah lain untuk mengarah filem ini lapor Kosmo.

“Memang ada beberapa pelakon sudah ditawarkan watak kecuali Adi Putra dan Beto kerana watak mereka masih belum diperlukan dalam karya prekuel itu.

“Kami tiada masalah cuma kali ini mahu memberi peluang kepada pengarah lain untuk berkarya bersama Studio Kembara,” kata Abdul Rahman.

Tiada masalah dengan mereka

Ketika disoal sama ada ketiadaan tiga tunjang utama Mat Kilau adalah disebabkan hubungan keruh, Abdul Rahman bagaimanapun menafikan perkara tersebut.

“Kami tiada masalah dan bersikap profesional. Tetapi kami memang sudah lama tidak berkomunikasi kerana masing-masing sibuk,” ujar Abdul Rahman.

Baca Juga: Jangan bawa masalah peribadi ke atas pentas, Awie nasihat penyanyi untuk jaga adab

Baca Juga: Kerana sejarah Palestin dan Malaysia tak jauh beza, Mat Kilau ditayang di Gaza buat pertama kali