Saban hari dapat kita lihat artis berhijrah dan tinggalkan dunia seni untuk lebih mendekati agama. Pelakon dan pengacara, Diana Amir buat keputusan untuk tidak lagi buat penampilan di kaca TV untuk beri fokus kepada dirinya.
Ikhlaskan diri untuk mencari agama
Diana Amir, 36, memaklumkan dia mahu mengikhlaskan diri untk mencari agama kerana Allah SWT dan telah memaklumkan kepada suaminya mengenai keputusan tersebut.
“Saya buat keputusan, saya cakap pada suami saya yang selepas ini saya dah tak mahu muncul di mana-mana tapi ada beberapa lagi tawaran yang saya sudah terima awal, jadi saya terpaksa buat tapi selepas ini tidak lagi.
“Maksudnya, saya mahu berada dalam kalangan muslimat sahaja.”
Diana mula memakai hijab pada tahun 2011, dan pada 2019 dia mula mengenakan niqab selepas pulang dari umrah lapor Berita Harian.
“Akhir tahun lepas, saya mula berniqab sebab ketika saya memakai niqab dan dalam kereta, ada satu lagu saya dalam senarai main iaitu lagu ‘Labbaikallahumma labbaik’.
“Saya telefon suami saya dan cakap pada dia yang saya dapat perasaan yang sangat kuat untuk memakai niqab. Saya rasa lebih selamat. Dan dia beritahu itu berita paling menggembirakan dia dengar.”
Baca Juga: Kasih seorang adik, sanggup kumpul duit 12 tahun untuk lihat abangnya kahwin
Baca Juga: ‘Minat betul pocong dengan papan tanda, nasib baik dia tak pilih huruf A’