Ban pecah di Tanjong Karang, JBPM maklum hanya hakisan

Tular di media sosial mengenai kejadian ban pecah di Pantai Sungai Kajang, namun Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan kejadian tersebut adalah tidak benar.

Pengarah JBPM Selangor Norazam Khamis berkata, sebaliknya hanya berlaku hakisan pada ban terbabit lapor Harian Metro.

“Ada berlaku (kejadian) tetapi hanya hakisan. Tidak membabitkan pecahan (ban),” katanya.

Susulan isu yang tular itu, sepasukan empat anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang digerakkan ke tempat kejadian.

“Walaupun keadaan di sekitar lokasi berkenaan terkawal, bomba bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk banjir,” katanya.

Disebabkan dua kali sudah berlaku pada Oktober dan November kejadian ban pecah di Tanjong Karang hingga menyebabkan banjir, maka penduduk lebih berhati-hati kerana bimbang ia akan berulang semula.

Baca Juga: Murid Tahun Lima dikasari ketika hadiri kem motivasi, empat laporan telah diterima polis

Baca Juga: Adly, Aiman Athirah antara dilantik Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan