Seorang bapa yang terlampau gembira dengan kelahiran anak keduanya mati dipanah jiran dalam satu tragedi di Itali.
Warga Peru, Javier Alfredo Romero Miranda yang meraikan kelahiran anaknya bersama warga Amerika Selatan itu dipanah oleh Evaristo Scalco, 63, menerusi tingkapnya.
Ia selepas berlaku pertengkaran antara Scalco dengan kumpulan itu mengenai tingkah laku mereka yang membuat bising di jalanan, lapor AFP.
Saksi berkata, Scalco didengar menjerit mencaci isu perkauman sebelum mengangkat busurnya.
Rakaman video yang dirampas di tempat nahas menunjukkan Scalco kemudian cuba membantu Javier sebelum ambulans tiba.
Bagaimanapun, Romero disahkan mati beberapa jam kemudian di hospital.
Sementara itu, polis menemui kira-kira 60 anak panah buatan sendiri di rumah Scalco.
Baca juga Adik ini dapat gelaran ‘superstar’ selepas bomba datang kepadanya
Baca juga Bonet Lamborghini tak muat: ‘Van jenazah luas, boleh letak banyak duit’