Bapa pelakon remaja ditahan, membabitkan kes serangan seksual, pengabaian dan memiliki bahan lucah

Isu mengenai pendedahan tergempar dibuat oleh pelakon remaja itu telah mendapat perhatian ramai apatah lagi dia membuat keputusan untuk membuat laporan polis ke atas bapa kandungnya sendiri.

Susulan laporan polis yang dibuat anaknya melibatkan kes serangan seksual, pengabaian dan memiliki bahan lucah, bapa kandung yang berusia 43 tahun ditahan polis di Kedah pada 2.25 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, polis merampas telefon bimbit dari suspek dan dihantar ke Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk dianalisa.

“Saringan ujian air kencing ke atas suspek adalah negatif serta tidak mempunyai sebarang rekod lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek dibawa ke Majistret Mahkamah Shah Alam untuk permohonan reman sebelum reman dibenarkan sehingga 12 September ini.

Baca Juga: Pendedahan di luar jangkaan, Youtuber sendiri tak sangka pelakon remaja mahu kongsi kisah tersebut

Baca Juga: “Wallahi tak terfikir nak buat benda keji”, bapa buat laporan polis siap bersumpah tak buat benda terkutuk