Baru diserang banjir besar, langit Dubai kini berubah menjadi fenomena aneh kehijauan

Penduduk bandar raya Dubai menyaksikan fenomena langit yang tidak pernah disaksikan sebelum ini, di mana ia berubah menjadi warna hijau semasa cuaca buruk melanda Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Walaupun beberapa kawasan menjadi gelap pada waktu siang, namun penduduk masih terpesona menyaksikan langit yang berubah menjadi warna kehijauan itu.

Ia merupakan satu peristiwa jarang berlaku selepas cuaca buruk melanda UAE pada Selasa yang lalu.

Seorang saksi menulis di platform X: “Saya jarang memuat naik video  tetapi langit di sini bertukar hijau hari ini (Selasa lalu) dan kelihatan begitu menakutkan seperti dalam filem sains fiksyen.”

Pada Selasa yang lalu, Dubai mengalami hujan lebat terburuk yang pernah direkodkan, menyebabkan pusat-pusat beli-belah dan jalan raya dilanda banjir kilat. Malangnya, seorang penduduk disahkan terkorban akibat kejadian itu.

Baca juga: Baru tahu ada resepi nasi lemak untuk anak kecik, ikut sebijik-sebijik resepi ni!