Bekas ahli parlimen didakwa lakukan serangan seksual terhadap remaja lelaki usia 15 tahun

Bekas ahli parlimen Parti Konservatif didakwa lakukan serangan seksual terhadap remaja lelaki usia 15 tahun, dihukum penjara selama 18 bulan.

Menurut laporan Metro UK, Imran Khan didakwa memaksa remaja itu minum gin dan tonik serta meminta mangsa menonton pornografi sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu.

Pendedahan itu menyebabkan lelaki berusia 48 tahun itu disingkirkan daripada parti sebelum meletak jawatan sebagai ahli parlimen di Yorkshire Barat.

Keputusan Mahkamah Crown Southwark, bulan lalu itu, mencetuskan pilihan raya kecil di Wakefield.

Mangsa Imran yang kini berusia 29 tahun berkata, dia berasa takut dan terkejut selepas lelaki itu menyentuh kakinya setelah pesta tamat di sebuah rumah di Staffordshire.

Katanya, ahli politik terbabit mendekatinya ketika dia tidur di atas katil dua tingkat.

Sementara itu, hakim yang menjatuhkan hukuman kepada Imran di mahkamah sama menyatakan mangsa tidak menunjukkan penyesalan.

“Satu-satunya penyesalan yang kamu rasakan adalah terhadap diri anda sendiri kerana berada dalam kesusahan yang dihadapi akibat perbuatan kamu kira-kira 14 tahun yang lalu,” kata Hakim Baker.

Soalan juga dibangkitkan mengenai pengendalian kes oleh Konservatif, selepas mangsa berkata dia diberitahu oleh jurucakap parti ‘baik, awak buat itu’ selepas memaklumkan mereka mengenai kejadian it.

Laporan polis dibuat ketika itu tetapi tiada tindakan lanjut diambil kerana remaja terbabit tidak membuat aduan rasmi.

Menurut Imran, beliau akan mengemukakan rayuan.

Bekas Menteri Kehakiman Crispin Blunt berulang kali membela bekas rakan sekerjanya, secara kontroversi mendakwa bahawa ahli politik yang dihina itu tidak mendapat ‘perbicaraan yang adil’.

Baca Juga: Tembakan dan letupan bom di Tak Bai sasarkan pihak berkuasa

Baca Juga: Rumah flat tapi selera teres, ‘ini kayangan B40 tuan-tuan’