Setelah lama berdiam diri selepas isu yang timbul membabitkan pengurus Khairul Aming, akhirnya bekas pengurus kepada pemilik Sambal Nyet Berapi itu memohon maaf kepada semua pihak atas layanan yang diberikan.
Bekas pengurusnya yang dikenali sebagai Ahmad Fadhilat memberi kenyataan berhubung dakwaan ‘kurang mesra’ ketika berhubung dengan orang awam yang mahu mendapatkan khidmat Khairul Aming untuk majlis mereka.
“Saya memohon maaf atas kesilapan saya pada tempoh hari. Dengan rendah hatinya saya meminta ribuan kemaafan kepada mereka yang telah pernah berkerjasama dengan saya secara terus / tidak terus.
“Untuk pengetahuan semua, saya secara rasminya sudah dah tidak ada kaitan kerja dengan KA selepas insiden penularan ini berlaku.”
Khairul dikatakan sedang mencari pengurus baru untuk menguruskan segala kerja yang dilakukan oleh bekas pengurus tersebut.
Di akhir hantaran, dia mengakui kesilapannya dengan berjanji menyertai mana-mana kelas untuk memperbaiki segala kekurangan sebelum ini.
“Jadi semua social media ini akan digunakan untuk kegunaan peribadi saya sahaja dan tidak ada lagi kaitan dengan kerjaya Khairul Aming.
“Saya akan perbaiki kemahiran komunikasi dengan menyertai kelas Perhubungan Awam dan kelas-kelas lain yang berkaitan dengan pengurusan.”
Baca Juga: Pengurus buat hal, Khairul Aming mohon maaf