Berbeza dengan kediaman Muhyiddin, ini gambaran keadaan rumah Zahid sekarang

Jika kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan menjadi tumpuan sejak pagi ini berbeza pula dengan kawasan perumahan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid di Kajang.

Zahid sebelum ini menimbulkan kekecohan negara apabila bertindak membuat kenyataan media menarik sokongan pada Muhyiddin.

Dalam pada itu,seramai 30 Ahli Parlimen UMNO didakwa bersetuju supaya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatannya sebagai Presiden UMNO demi kebaikan parti tersebut.

Menurut laporan Astro Awani, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Zahidi Zainul Abidin berkata, keputusan itu telah disepakati dalam satu mesyuarat yang diadakan di Wisma Pahlawan baru-baru ini.

Katanya, senarai itu melibatkan mereka yang berstatus menteri dan timbalan menteri.

“Ahmad Zahid mencadangkan Ahli Parlimen UMNO, menteri, timbalan menteri letak jawatan dan tarik sokongan daripada kerajaan.

“Jadi kita berbincang bersama Ahli Parlimen UMNO, jika kita letak jawatan, parti untung ke? Ahmad Zahid letak jawatan, parti untung.