Bergelek bukan semasa majlis akikah tapi acara ulang tahun perkahwinan, Ifa Raziah dibayar berpuluh ribu untuk persembahan

Tular mengenai isu Ifa Raziah bergelek di majlis akikah, namun dakwaan tersebut di sangkal oleh penyanyi tersebut. Ifa dikatakan menari semasa acara ulang tahun perkahwinan yang berlansung selepas ahli agama sudah pulang.

Ifa atau nama lengkapnya Saripah Raziah Mustapha berkata, terdapat dua acara dalam majlis yang dihadirinya itu iaitu akikah dan sambutan ulang tahun perkahwinan lapor Kosmo! Online.

“Akikah pada awal majlis, ketika maghrib hingga isyak. Selesai akikah acara ulang tahun perkahwinan pula. Saya bergelek selepas persembahan penyanyi Liza Hanim,” ujarnya.

Ahli agama sudah pulang

Tambah Ifa lagi, ketika dia membuat persembahan, ahli agama (ustaz) sudah pun pulang dan isu konon-kononnya dia merosakkan majlis akikah yang diberkati itu tidak sepatutnya ditimbulkan.

“Ustaz-ustaz semua dan balik. Tuan rumah sendiri tukar baju sehingga dua kali. Ketika akikah pakai baju putih. Majlis ulang tahun perkahwinan baju merah jambu.

“Lainlah kalau saya ustazah kemudian saya bergelek. Bolehlah netizen kecam saya,” jelasnya.

Dibayar berpuluh ribu untuk persembahan

Penyanyi berusia 47 tahun itu pada masa sama menganggap tindakan menari gelek yang dilakukan tempoh hari bukanlah suatu masalah besar memandangkan dia telah dibayar berpuluh-puluh ribu untuk membuat persembahan pada majlis tersebut.

“Apa masalahnya sekarang? Orang bayar saya berpuluh-puluh ribu untuk menyanyi. Ini cara saya cari makan. Bukannya saya berkelakuan tidak senonoh dan keterlaluan.

“Dalam Instagram saya ada video penuh. Anda nilailah sendiri. Netizen tidak tahu apa-apa kemudian tumbul salah faham”.

Baca Juga: Leka berparti liar sambil mengambil dadah, datuk seri dan 24 individu ditahan polis

Baca Juga: Bergelut dengan 38,000 kes saman, bedak bayi Johnson & Johnson dihentikan jualan pada 2023