Bergurau biarlah berpada-pada, jika sampai menyakitkan maka itu tidak dipanggil gurauan lagi. Apa lagi bergurau ketika berada di bawah pengaruh alkohol, pastinya banyak benda buruk yang boleh berlaku bila fikiran tidak waras.
Seorang lelaki di India terpaksa menahan sakit selama 10 hari akibat gurauan rakannya yang berada di bawah pengaruh alkohol memasukkan cawan keluli ke dalam rektumnya pada 19 Ogos lalu.
Menurut laporan akhbar tempatan, rakan mangsa mengakui mereka memasukkan cawan keluli yang besar itu ketika dia mabuk. Setelah mengetahui apa yang terjadi, lelaki itu meminta ahli keluarga membawanya ke hospital.
Penderitaan lelaki dari dari Balipadar itu hanya berakhir selepas doktor di sebuah hospital tempatan berjaya mengeluarkan cawan berdiameter 8 sentimeter (sm) dan sepanjang 15 sm itu menerusi satu pembedahan.
Akibat menahan malu, lelaki tersebut tidak segera membuat laporan dan imbasan X-ray di Kolej Perubatan dan Hospital MKCG, Berhampur menunjukkan cawan itu ditemukan tersangkut di dalam ususnya.
NDTV India mengesahkan, pasukan doktor hospital terbabit mengeluarkan cawan itu selepas 10 hari dan pada masa itu perut lelaki tersebut sudah mula membengkak kerana dia tidak membuang air besar sejak kejadian itu.
Doktor pada mulanya cuba mengambil cawan melalui rektum, tetapi mereka kemudian terpaksa menjalani pembedahan kerana saiz objek berkenaan besar. Prosedur itu dikatakan mengambil masa dua jam setengah.
Lelaki tersebut kini dilaporkan pulih dan stabil serta masih dirawat untuk pemerhatian pihak hospital.
Baca Juga: Warga China makin kurang beranak, Covid-19 jadi punca