“Beri 5 hari sahaja untuk buat perubahan”, kata Idris Ahmad

Tular video di media sosial harini berkenaan dengan kenyataan Menteri Agama yang baru dilantik, Idris Ahmad dari PAS berkenaan pemerintahan 5 hari.

Dalam rakaman video tersebut, Idris mendabik dada berkata beri 5 hari sahaja kepada kami untuk memerintah untuk lihat apa perubahan yang kami lakukan.

“Bukan 5 tahun, 5 hari sahaja kita perintah..kita akan tengok berubah lagu mana..haa tuan tuan akan tengok nanti”, katanya.

Tidak pasti bila tarikh sebenar video ceramah itu direkodkan. Namun, rakyat berhak mendapat janji perubahan yang diungkapkan sendiri oleh menteri agama yang baru dilantik ini.

Sementara itu, dipetik oleh berita harian, Idris Ahmad memberikan respon sebaik sahaja dilantik sebagai Menteri :-“Saya hanya menjadi orang parti dan tidak menjangkakan jawatan ini diberikan kepada saya. Insha-Allah, akan melakukan tugas dengan baik,” kata Naib Presiden PAS, Idris Ahmad.

Idris, 58, dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menggantikan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

Selain berusaha melaksanakan tugas dengan baik atas kepercayaan diberikan, beliau juga akan meneruskan usaha dan kecemerlangan dilakukan Dr Zulkifli sebelum ini.

“Insya-Allah, saya akan buat yang terbaik dan akan memberi kerjasama (kepada semua pihak) serta akan jumpa (semua) agensi di bawah kementerian (apabila memulakan tugas nanti).

“Mohon doakan saya dapat melakukan tugas dengan integriti dan mempunyai kesungguhan dalam melaksanakan tugas,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Idris adalah bekas Ahli Parlimen Bukit Gantang dan dilantik sebagai Ahli Dewan Negara sejak 16 Jun 2020.