Berpakaian seksi sampai nampak paha di KLFW, Datin Elvina mohon maaf

Jarang-jarang nama terpalit kontroversi, hari ini pelakon jelita dan lemah lembut, Datin Elvina Mohamad mengundang rasa kurang senang dalam pengguna media sosial selepas mengenakan pakaian agak seksi dan terdedah ketika menjayakan Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2022.

Pelakon berusia 27 tahun itu tampil dengan penampilan yang mengejutkan ramai peminat kerana baju yang digayakan singkat mendedahkan pangkal pahanya.

Menurut Elvina, dia sekadar menggayakan koleksi terbaru dari rekaan pereka fesyen tempatan, Alia Bastamam dan tidak menyangka ia menjadi bualan netizen.

“Saya berpakaian begitu hanyalah untuk KLFW2022 baru-baru ini. Tak adalah saya pakai baju macam itu hari-hari. Saya gayakannya ketika hadir memberi sokongan kepada salah seorang pereka fesyen.

“Mungkin orang anggap saya ini seorang yang lembut, jadi mereka agak terkejut melihat saya berpakaian sebegitu.

“Salah saya sendiri. Tidak semua orang atau pengikut boleh terima saya berpakaian begitu. Maafkanlah saya andai ada yang tidak senang dengan apa yang berlaku,” katanya memetik Kosmo!.

Dia juga tidak menolak kemungkinan disebabkan dia sering membawa watak lemah lembut dalam drama yang dibintanginya, ramai yang terkejut apabila melihat pakaiannya yang agak seksi.

“Sekali lagi saya telankan, saya cuma menyokong Alia Bastamam untuk koleksi busana terbarunya. Itu sahaja,” katanya.

Baca juga: Dalam hanya 10 saat, dua bangunan di New Delhi setinggi 100 meter diletupkan! Ini yang anda perlu tahu

Baca juga: Anak hanya pinjaman Allah, Ibu bapa Awliya Delisha redha dengan ketentuan tuhan