Anak-anak ini memang kita tak dapat jangka apa yang mereka akan buat. Jadi kalau tetiba senyap sunyi rumah, segeralah cari anak anda bimbang jadi macam adik ini, bermandikan telur.
Dalam video yang dimuatnaik pengguna TikTok, Murtabak Kadok Kelantan (@anisalwaniey) menunjukkan seorang kanak-kanak sedang bermain dengan telur yang jatuh di atas lantai.
Lebih mengejutkan yang jatuh tu bukan sebiji dua ya, malah boleh dilihat lebih daripada sepapan telur yang jatuh. Namun terlihat riak wajah gembira kanak-kanak tersebut bermain dengan telur.
“Bertuah sungguh anak, sabar,” tulis wanita tersebut pada kapsyen video tersebut.
@anisalwaniey bertuah sungguh anak.. sabarrr 😌 #CapCut #fyp
Rata-rata netizen terhibur malah ada yang berkongsi kisah terpecahkan telur ibu dan dimarahi tapi adik ini hanya tersenyum sahaja. Tambahan pula telur sukar di cari dan agak mahal.
Wanita tersebut dikatakan mempunyai kedai menjual roti canai dan murtabak, jadi nampaknya telur tersebut adalah untuk jualan. Pasrahlah si ibu lihat telur untuk meniaga di badan anak.
Baca Juga: Anak meninggal dalam kandungan, ibu tetap bersalin dan dakap bayi sepuasnya
Baca Juga: Telur berlambak di pasaran selepas Ringgit naik mendadak