Betul ke Nabi tak mengaku umat kalau tiada niat nak kahwin – Ustaz ini beri penjelasan

Perkahwinan adalah ikatan antara lelaki dan perempuan menerusi akad nikah dan ijab qabul. Dapat dilihat zaman sekarang terdapat ramai lelaki dan wanita yang memilih untuk hidup bujang. Jadi benarkah Nabi tidak mengaku umat untuk golongan ini?

Ustaz Adnin memberi penjelasan sebenar mengenai hal tersebut apabila ditanya oleh seorang pelajar wanita apakah benar seseorang yang tiada niat berkahwin, Nabi tidak mengaku umat.

Jawapanya bergantung dengan situasi, jika tidak berkahwin itu menyebabkan dia terus bergelumang dalam dosa maka dia tergolong dalam golongan yang Nabi tak mengaku umat.

“Sekerinya dia ada pasangan, suka melihat video lucah, siap layan orang berlainan jantina tapi tidak mahu berkahwin, itu Nabi tak mengaku umat”.

Namun bagi yang tidak mahu berkahwin kerana tanggungjawab kepada ibu bapa yang uzur atau masih belum bersedia, mereka tidak tergolong dalam golongan yang Nabi tak mengaku sebagai umat.

“Tapi kalau dia tak mahu kahwin sebab tak ada keyakinan, tiada calon, nak jaga ibu bapa yang sakit ataupun dia merasa tidak mampu tetapi dalam keadaan dia menjaga diri dia daripada dosa, maka itu tiada masalah.”

@tarbiahsentapofficial

Siapa je tak nak kahwin kan. Doa banyak banyak semoga dapat jodoh yang baik. Amin 🤲🏻 #ustazadnin #tarbiahsentap #tiktokguru

♬ original sound – Tarbiah Sentap – Tarbiah Sentap

Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

Adalah Nabi s.a.w. memerintah kami berkahwin dan menegah kami daripada membujang dengan tegahan yang keras. Dan sabda Baginda: Kahwinlah kamu dan beranak pinaklah kamu kerana sesungguhnya aku berbangga kerana banyak bilangan kamu pada hari kiamat kelak.
(HR. Imam Ahmad)

Jika belum sampai jodoh, berdoalah dikurniakan pasangan yang baik-baik. Pasti setiap manusia di muka bumi ini mahu berkahwin dan membina keluarga namun jika belum sampai masanya, teruslah menjaga kehormatan diri anda.

Baca Juga: “Sedangkan Nabi maafkan umat” – Pensyarah jijik mohon pelajar tarik balik laporan polis

Baca Juga: Boleh ke dedah slip gaji di tempat lama jika diminta syarikat baru? Ia sulit tapi wanita ini kata untuk elak pekerja tipu gaji