Betul ke pam pelan-pelan boleh dapat minyak ekstra? Pakcik Shell buat eksperimen lagi, tak sangka ini hasilnya

Kaedah pam minyak dengan perlahan dikatakan berkesan untuk kenderaan anda mendapatkan minyak ekstra. Namun betulkah ‘life hack’ yang diperkatakan itu?

Menjawab persoalan tersebut, Pengarah Urusan Shell Malaysia, Shairan Huzani Husain atau lebih dikenali sebagai Pakcik Shell, tampil mencuba ‘life hack’ yang  disebar ramai bagi menguji keberkesanannya.

Beliau dalam hantaran di Instagram, melakukan satu eksperimen untuk menguji kesahihan teori berkenaan.

Dalam eksperimen tersebut, pakcik shell membuat perbandingan dengan mengisi minyak secara laju pada balang besi pertama, dan mengisi minyak secara perlahan pada balang besi kedua.

Kedua-dua diisi dengan 10 liter minyak dan hasil eksperimen mendapati tiada beza antara keduanya walaupun minyak diisi secara perlahan.

Proses eksperimen yang ditunjukkannya menyedarkan orang ramai bahawa teori itu ternyata hanyalah auta.

Baca juga: Bijaknya kucing ni, boleh dengar arahan dengan baik.. kanan kiri diurut..

Baca juga: Hubungan paling jijik, suami akhirnya pilih anak tiri usia 18 tahun sebagai pasangan