BIGBANG akhirnya buat kemunculan semula selepas 6 tahun!

BIGBANG akhirnya membuat kemunculan semula mereka selepas 4 tahun. Album MADE dikeluarkan pada tahun 2016 ketika BIGBANG masih lagi bersama Seungri.

Pada 21 Mac tengah malam KST, YG Entertainment secara rasmi mengumumkan tarikh kepulangan BIGBANG yang telah lama ditunggu-tunggu, yang akan menandakan kemunculan kumpulan pertama mereka dalam tempoh lebih empat tahun.

BIGBANG akan kembali dengan muzik baharu pada 5 April tengah malam KST—dan kumpulan itu kini telah menaik hantaran teaser pertama mereka untuk keluaran akan datang Instagram peribadi andgota masing-masing.

Tayangan terakhir BIGBANG sebagai sebuah kumpulan adalah pada Mac 2018, apabila mereka mengeluarkan lagu ‘Flower Road’.

Ini merupakan kali pertama BIGBANG kembali hanya dengan 4 anggota selepas Seungri meninggalkan kumpulan tersebut pada tahun 2019.

BIGBANG terdiri daripada 4 anggota iaitu G-Dragon, T.O.P, Daesung dan Taeyang. Namun T.O.P yang mengumumkan akan mengeluarkan album solo telah menamatkan kontrak eksklusifnya selama 16 tahun dengan YG Entertainment.

BIGBANG, fenomena muzik pop asal Korea, dipuji secara meluas kerana telah membuka jalan kepada banyak “Gelombang Korea” yang mendominasi budaya pop di seluruh dunia, daripada Squid Game hingga Parasite hingga Crash Landing on You.

Baca Juga: Kalau raya nanti nak kurus, jangan skip rutin ini masa puasa nanti
Baca Juga: Wanita kongsi pengalaman bertarung nyawa 60 hari selepas lebih 800 kali digigit anjing ganas