Tidak semua boleh mahir dalam menebar roti canai, malah ada yang ambil masa lama untuk betul-betul pandai dalam melakukan hal ini. Namun keletah adik ini yang menebar roti canai dengan penuh keyakinan buat netizen kagum.
Tular di laman Tiktok seorang lelaki, @wanchor8 mengenai aksi kanak-kanak lelaki yang menebar roti canai yang berakhir dengan inisden lucu hingga menyebabkan tawa buat pengunjung kedai makan.
Lelaki tersebut terpegun dengan penebar muda yang melakukan pelbagai aksi. Perkara itu turut disaksikan oleh pelanggan lain juga. Tapi masa tengah syok menebar, roti tersebut terbang jauh hingga hampir jatuh ke dalam air.
Para pengunjung bertepuk tangan malah ada yang bersorak. Mungkin kagum dengan bakatnya yang istimewa terutama untuk yang muda dan seusianya.
@wanchor8 masih tak boleh blah dengan aksi adik. ending yang amat dramatik @nurulashikin2016 #warungroticanaiabgmad #fyppppppppppppppppppppppp #makanterus #fypシ゚viral #fypdongggggggg #sedap
Komen netizen dilihat banyak memuji budak tersebut dan mengharap dapat dibaiki tekniknya.
“Alamak, nasib tak berlayar, Terbaiklah dik,” komen Syurga Shop.
“Hebat juga adik ni. Ada skill,” komen Kay.
“Mamak roti canai Penang pun boleh kalah dah, haha cantik adik ni,” komen Ben.
Tuan punya kedai tersebut meninggalkan komen untuk berterima kasih kepada pengunjung dan memohon maaf atas kekurangan.
“Alhamdulillah. Terima kasih datang bersarapan pagi di Warung Abg Mad Roti Canai manjung perak. Kalau ada kekurangan layanan, kami minta maaf,” komen Adik Terbang.
Baca Juga: Punyalah takut kena pukul, pencuri telefon polis untuk minta bantuan
Baca Juga: Ibu kongsi kisah sebenar baby ajaib, tak sedar mengandung 9 bulan, tahu-tahu terberanak atas sofa