Bilangan penduduk Jepun semakin berkurangan, kematian lebih tinggi daripada kelahiran

Pandemik Covid-19 bukan sahaja menyaksikan penurunan ekonomi malah ada yang mengalami masalah penduduk yang semakin berkurangan akibat kematian yang disebabkan virus tersebut, masalah ini turut di alami oleh negara Jepun.

Data terbaru menunjukkan bilangan penduduk Jepun yang merosot kepada 125.9 juta pada Januari lalu yang memperlihat penurunan sebanyak 726,342 sejak 2013, lapor akhbar Japan Times, kelmarin.

Kematian lebih tinggi daripada kelahiran semasa pandemik

Pengurangan tersebut adalah yang terbesar sejak data itu tersedia pada 2013, didorong oleh faktor kematian yang mengatasi jumlah kelahiran semasa perintah berkurung Covid-19.

Penduduk berjumlah 125,927,902 juta itu adalah termasuk warga asing pemastautin, penurunan 0.57 peratus berbanding tahun sebelumnya, demikian menurut data yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri.

Kesemua 47 wilayah Jepun kecuali Okinawa menyaksikan populasi rakyat yang semakin mengecil dengan Tokyo dan tiga wilayah sekitar iaitu Saitama, Chiba dan Kanagawa mempunyai penduduk lebih sedikit buat kali pertama sejak 2013.

Berdasarkan wilayah, Tokyo menyaksikan penurunan terbesar iaitu 48,592 orang sejak 2013 apabila ibu kota itu mengalami aliran keluar penduduk asing yang ketara selain pengurangan penduduk Jepun yang masuk.

Okinawa adalah satu-satunya wilayah yang menyaksikan pertumbuhan populasi positif sebanyak 186 orang kerana kadar kelahirannya yang agak tinggi. – Agensi

Baca Juga: Ingin menghapus data digital dengan selamat, di Jepun hanya perlu bayar RM3.44 sahaja

Baca Juga: Kenapa suri rumah di Jepun jarang jadi ‘dragon’, berbanding di Malaysia? Ini sebabnya…