Buat Bella tak selesa, Rina dikecam netizen

Buat Bella tak selesa, Rina dikecam netizen.  Menteri Pembangunan, Keluarga dan Masyarakat itu dikatakan tidak sensitif apabila membawa Bella keluar bilik untuk sesi ‘photo op’.

Kalau sebelum, Datuk Seri Rina Harun telah dikritik kerana dikatakan lewat bertindak berkenaan kes remaja OKU bernama Bella yang terlibat dalam kes penderaan.

Hari ini, menteri itu sekali jadi mangsa kritikan netizen apabila lawatannya untuk melihat keadaan adik Bella semalam dikatakan telah berubah menjadi satu sesi ‘photo op’.

“Bella tu belum bersedia nak jumpa orang luar”-netizen

Menerusi satu video yang dikongsikan netizen di Twitter, kelihatan Rina melawat Bella yang berada di sebuah hospital.

Pun begitu, saat Bella dibawa ke hadapan wartawan yang mengetik kamera bersama flash di hadapannya, kanak-kanak sindrom down itu kelihatan agak tidak selesa dan dilihat memeluk tangan jururawat yang memegangnya.

“Teruk betul Rina Harun ni. Adik Bella tu masih trauma, dari cara dia pegang tangan nurse itu pun kita dapat rasakan perasaan takut dia.

“Yang kau bawa dia keluar jumpa photographer kenapa? Kau tak ada hati perutkah? Semua untuk publisiti diri kau sahaja tanpa fikir orang lain,” antara komen netizen kepada Rina.

Video tersebut telah mendapat perhatian co-founder Yayasan Chow Kit, Hartini Zainudin yang meminta Rina berhenti melakukan sesi fotografi sedemikian yang seakan-akan mahu menunjukkan menteri itu membuat kerja.

Menurut FMT, Hartini juga berkata, menteri tersebut hanya terlibat dalam kes itu setelah Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isterinya meluahkan rasa prihatin mereka atas perbicaraan yang sedang berlangsung.

Baca Juga: Peguam Siti Bainun ‘koyak’ lepas dihentam netizen

Baca Juga: ePemula GrabPay menyusahkan pelajar, mungkin bantuan yang diberikan membazir begitu sahaja