Buat ‘content’ panas hanya sebab nak jual produk

Buat ‘content’ panas hanya sebab nak jual produk. Nama usahawan jamu sensasi, Kak KM rasanya tidak perlu dikenalkan lagi kerana setiap gambar atau video yang dikongsikan olehnya sering dikecam orang ramai.

Jadi, tidak hairanlah sekiranya anak kepada pelakon veteran, Normah Damanhuri dilihat ‘kebal’ dengan kecaman ramai seperti baru-baru ini aksi menampar punggung bersama beberapa usahawan selebriti lain.

Sengaja buat konten aneh dan ‘panas’

Terbaru, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli memberitahu dirinya sengaja membuat konten yang aneh dan ‘panas’ sehingga mengundang kecam warganet.

“Pertama kali, alhamdulillah kerana setiap kali saya berkongsi pasti akan menarik perhatian netizen.

“Dan, saya memang mengharapkan viral,”katanya.

Semuanya demi bisnes

Jelas Kak KM, konten yang dilakukan olehnya itu hanyalah demi menarik perhatian ramai dan ia merupakan petanda positif terhadap perniagaan yang diusahakannya selama ini.

“Apabila viral, ia menandakan produk laku kerana orang akan mengambil peduli mengenai diri saya seperti aktiviti yang dilakukan dan apa yang dijual.

“Benda viral yang saya buat ini sebenarnya perkara positif untuk perniagaan,”ujar Kak KM.

Mengulas lanjut, Kak KM mengakui dirinya hanyalah seorang manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

Betul la orang kata bad marketing is still a marketing. Tapi kalau betul produk laku, mesti tak ada buat content macam ini sekali hanya semata nak promosi produk.

Baca Juga: Vida anggap punggung aset, tak peduli sudah berumur

Baca Juga: Sistem Touch n Go terganggu, eWallet tidak dapat digunakan buat masa sekarang