Buat konsert berhampiran masjid, MBAS kecewa sebab keluar lesen untuk busking sahaja

Tidak salah untuk membuat konsert namun tempat yang dipilih perlulah bersesuaian, kalau terletak berhampiran masjid maka dilihat tidak sopan. Susulan isu itu Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menegaskan pihaknya hanya mengeluarkan dua lesen dan ia adalah untuk busking dan bukan konsert.

Tular di media sosial, video persembahan kumpulan muzik di pentas yang disaksikan ratusan penonton terdiri daripada anak muda dengan pelbagai aksi di Balai Seni hingga menimbulkan rasa kurang senang orang ramai apabila ia dilakukan berhampiran Masjid Zahir.

@matdutt85

#allahuakbar #masjidzahir #fyp #islamic_video #foryoupage #fypシ #viralvideo

♬ original sound – Firdaus85 – Firdaus85

MBAS menafikan pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada penganjur sebuah festival untuk mengadakan konsert di Balai Seni berdekatan Masjid Zahir di sini semalam.

Menurut Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Zaid Ahmad, MBAS melahirkan rasa kesal dengan tindakan penganjur terlibat yang disifatkan melanggar peraturan selain menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakyat negeri ini.

“Memang konsert atau gig tersebut dibuat tanpa kebenaran. Saya dimaklumkan pihak penganjur hanya mendapat lesen untuk mengadakan busking sahaja iaitu dua lesen yang kita bagi.

“Selain busking kita hanya membenarkan jualan termasuk trak makanan dan permainan kanak-kanak sahaja. Kita tengok macam konsert dah memang tak ada kebenaran,” katanya.

Pihaknya juga akan menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara tersebut termasuk memanggil penganjur berkenaan untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.

Baca Juga: Tak belajar dari Covid-19 ke? Pakar beri amaran, manusia spesis paling dungu jika masih makan daging kelawar

Baca Juga: Membisu 1,000 bahasa selepas diminta audit, jangan hulur sedekah pada NGO yang 90% masuk poket sendiri