KL City FC bakal berdepan Al-Seeb dari Oman pada 22 Oktober ini di Stadium Bukit Jalil untuk Final AFC. Dalam sejarah AFC, Malaysia hanya layak ke pusingan akhir dua kali sahaja. JDT pada tahun 2015 dan tahun ini KL City FC pula melangkah ke pusingan akhir.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad menjawab persoalan penyokong yang mahukan final AFC diadakan di Stadium Cheras dan bukan Stadium Bukit Jalil.
“Kami memahami bahawa ada penyokong yang tidak berpuas hati kerana perlawanan diadakan di Stadium Bukit Jalil dan bukan Stadium Cheras.
“Pihak AFC memerlukan kecahayaan 1,800 dan pengunaan VAN untuk kali pertamanya yang melibatkan kelab dari Malaysia.”
Khalid mengharapkan isu stadium ini tidak mematahkan semangat penyokong Kuala Lumpur City kerana ia masih diadakan di ‘home stadium’.
“Harap ingat disinilah kita kalahkan JDT 2-0 semasa final Malaysia Cup pada tahun 2021,” katanya dalam sidang media mengenal final AFC menentang Al-Seeb.
Khalid luah rasa bangga dengan kejayaan pasukan KL City. Pasukan ini dikatakan bersemangat jitu untuk mencapai apa yang sukar dicapai.
“Esprit de Corps adalah sangat mengkagumkan, sambil coaching dan pengurusannya adalah yang terbaik.
“Ianya satu kebangaan bagi diri saya secara peribadi untuk terlibat dalam perjalanan mereka yang penuh kejayaan.”
Piala AFC adalah pertandingan bola sepak tahunan yang melibatkan kelab-kelab bola sepak tempatan di benua Asia.
Baca Juga: Nyalakan 150 lilin dalam mulut, lelaki ini pecah rekod dunia