Ragam rakyat Malaysia di bazar Ramadan, mesti boleh ‘relate’ kan?

Pejam celik, pejam celik, kurang 30 hari lagi kita dah nak masuk bulan puasa. Sekejap sangat rasanya. Tapi tentunya bulan puasa kali ini amat meriah kerana banyak kelonggaran yang diberikan kerajaan.

Selain umat Islam boleh lakukan solat terawih tahun ini, bazar-bazar Ramadan juga dibenarkan beroperasi seperti biasa. Tak hairanlah kalau kali ini bazar Ramadan akan kelihatan betul-betul seperti cendawan tumbuh selepas hujan!

Ini ragam rakyat Malaysia yang biasa kita tengok bila dekat bazar.

1) Mesti nak beli juga walaupun niat mulanya nak tengok-tengok aje

Siapa je yang tak suka pergi bazar, semestinya ramai akan jadikan bazar sebagai ‘port’ beli makanan untuk berbuka bersama kawan-kawan atau keluarga. Walaupun mulanya pergi sebab teman kawan, tapi dengan kita sekali terjebak beli yang bukan-bukan walaupun dekat rumah dah banyak makanan!

Biasa buat kan?

2) Beli banyak-banyak tapi tak makan

15 Lokasi Bazaar Ramadhan yang Paling Popular - Butterkicap

Haa inilah dia perangai rakyat Malaysia kita. Kalau dah pergi bazaar tu tak reti beli sikit-sikit. Penuh dua tangan dengan plastik makanan. Lepastu bila berbuka cuma kenyang air, makanan banyak-banyak tak larat nak telan!

3) Sempat menyembang tengah jalan bila terjumpa member

Jangan tak tahu, ini juga ragam rakyat Malaysia yang kita faham sangat. Kalau dah pergi bazar tu, terserempak pula dengan membe, memang ‘rajin’ lah berhenti dekat tengah-tengah jalan tu semata nak berborak. Jangan sampai buat jalan sesak sudah lah ya

4) Air berbalang-balang

BERNAMA - Pelbagai jenis, warna air balang tarik perhatian pengunjung bazar Ramadan

Boleh dikatakan setiap bazar Ramadan pasti ada keistimewaan air berbalang-balang. Masa ini memang semua orang pun tak tahu nak pilih air mana. Yang pasti, banyak pilihan yang kita tak boleh jumpa pada hari biasa, melainkan kena order sendiri dekat kedai makan.