Pastinya menakutkan apabila berdepan situasi seperti bumbung runtuh, tiga penghuni Wisma Yatim Perempuan Islam Pulau Pinang Jalan Scotland cedera dalam kejadian yang berlaku malam semalam.
Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.
Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Jamil Abdullah berkata, terdahulu pihaknya menerima panggilan pada jam 9.42 malam.
Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Jalan Perak dan BBP Paya Terubong ke lokasi sejurus menerima panggilan lapor Harian Metro.
“Ketika di lokasi didapati kejadian membabitkan runtuhan bumbung bangunan asrama berkenaan.
“Terdapat seramai 30 mangsa dan berjaya diselamatkan oleh kakitangan asrama manakala mangsa yang cedera sudah diberi rawatan awal, ” katanya.
Pasukan bomba, Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih berada di lokasi bagi urusan pemindahan mangsa yang terselamat ke asrama Wisma Yatim Laki-laki Islam Pulau Pinang, Air Itam.