Cari kerja malas, rogol pula anak kandung

Cari kerja malas, rogol pula anak kandung. Seorang penganggur ditahan selepas dipercayai tergamak merogol anak kandungnya di rumah mereka di sebuah kampung di Tumpat sejak tiga tahun lalu.

Menurut KOSMO! ONLINE, suspek yang berusia 57 tahun pada awalnya dicekup semasa polis menjalankan serbuan di Wakaf Bharu di sini selepas lelaki itu dipercayai terlibat dalam kes pukul.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian yang menimpa mangsa kira-kira pukul 11.09 pagi semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat di sini.

Menurutnya, berdasarkan keterangan mangsa, suspek datang ke biliknya kira-kira pukul 12 tengah malam, Khamis lalu sebelum memaksa remaja itu untuk melakukan hubungan seks.

“Mangsa yang merupakan pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di Kota Bharu memaklumkan bahawa dia telah dirogol bapanya itu sejak berusia 12 tahun.

“Mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu dan pemeriksaan mendapati ada kesan koyakan lama pada kemaluan remaja itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Amran, suspek mempunyai dua rekod kesalahan lampau berkait kes dadah dan ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu negatif dadah.

Baca Juga: Lagi kes rogol di kelantan, remaja hamil selepas dirogol dua lelaki

Baca Juga: Bantuan khas RM1,500 kepada pesakit buah pinggang di Kepong