Ceramah ‘live’ Ustaz Kazim jadi huru-hara, peserta wanita meracau dan mengamuk

Ceramah ‘live’ Ustaz Kazim jadi huru-hara, peserta wanita meracau dan mengamuk. Ustaz Kazim sebelum ini diuji dengan penyakit misteri yang tiba-tiba menjangkitinya, kini ada pula peserta yang meracau ketika sesi ceramah sedang berlansung.

Tular sebuah rakaman pendek memaparkan insiden seorang wanita secara tiba-tiba meracau sambil mengeluarkan kata-kata kesat sewaktu menghadiri sesi ceramah yang disampaikan pendakwah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias.

Beliau yang mesra dipanggil Ustaz Kazim bagaimanapun terpaksa menamatkan sesi ceramahnya gara-gara kejadian tidak diduga itu.

Menerusi video yang dimuat naik di media sosial itu, kedengaran suara Ustaz Kazim meminta beberapa orang awam membantu mengawal wanita tersebut lapor Kosmo.

@hafizlatif90

Ya Allah lindungilah perjuangan ustaz @UstazKazimOfficial …hebatnya dugaan dan ujian…MasyaAllah

♬ original sound – Hafiz Latif – Hafiz Latif

“Pegang sekejap ya, ada mak cik tidak sihat dalam kelas kita, kita hentikan sampai sini dulu,” katanya.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi turut diberikan oleh orang ramai dan rata-ratanya mendoakan agar Ustaz Kazim terus kuat menghadapi ujian yang mendatang.

“Ya Allah, kau lindungilah Ustaz Kazim dan sembuhkanlah dia dari penyakit yang dihadapi,” kata seorang pengguna.

“Macam orang hantar sihir, sebab tiba-tiba ada wanita meracau ganggu dakwah Ustaz Kazim, tak dapat hantar ke Ustaz Kazim, mak cik yang ada dalam sesi ceramah pula kena, moga yang berhati busuk itu mendapat pembalasan,” ujar pengguna lain.

Baca Juga: Gantung uri bayi dan awet janin yang keguguran, Ustaz dedah rakyat Sabah pegang lebih kepada adat

Baca Juga: Apa Duta Khas Timur Tengah buat dalam kes terkandas ke Mekah, tanya MT Umno